Toxemia kehamilan


Preclamptic toxemia atau PET adalah satu situasi ketika hamil dimana tekanan darah naik tinggi, kencing mengandungi albumin, dan kaki bengkak/edema


Bahaya darah tinggi dan keracunan kehamilan

Masalah darah tinggi dan keracunan kehamilan (pre-eclampsia) biasa berlaku mulai kehamilan tujuh bulan.Kadang-kala kita tidak menjangka siapa yang akan terkena penyakit ini, tetapi bagi mereka yang hamil pertama kalinya, ataupun mereka yang terlalu gemuk dan mengidap penyakit kencing manis, ataupun memang pernah mengidap penyakit darah-tinggi dan buah pinggang adalah di antara mereka yang terdedah kepada masalah ini.
 
Pemeriksaan 'antenatal' setiap bulan, selepas tujuh bulan dua minggu sekali dan bulan terakhir seminggu sekali,adalah sangat penting untuk mengesan keadaan penyakit darah tinggi dan keracunan (toxemia) kehamilan.Setiap kali ibu hamil datang ke klinik di antara pemeriksaan yang dilakukan ke atasnya ialah mengukur tekanan darah, mengukur timbang beratnya dan juga memeriksa air kencingnya untuk gula dan albumin.
Ini sangat penting untuk tujuan mengesan penyakit keracunan (toxemia) kehamilan yang biasanya ditandakan dengan bengkak kaki, timbang berat yang naik secara mendadak, sembab muka dan apabila diukur tekanan darah didapati terlalu tinggi iaitu melebihi 140/90 mm Hg dan air kencingnya mengandungi albumin.

Apakah risiko kepada ibu?

Toxemia kehamilan boleh mengancam nyawa ibu jika ia tidak terkawal khususnya apabila tekanan darahnya meningkat mungkin melebihi 180/110 mm Hg dan apabila air kencing ibu tersebut mengandungi banyak albumin iaitu mungkin + + + + . Ibu juga merasa pening, mungkin gelap mata dan hampir pitam dan rasa kesakitan pada bahagian ulu hati.Jika keadaan begini berlaku kadang-kala ibu boleh terkena serangan sawan (eclampsia).
 
Sawan ini sangat merbahaya pada ibu kerana ini menandakan pendarahan mungkin telah berlaku dalam otak ibu (cerebral haemorrhage), atau bekalandarah kepada otak telah terganggu akibat daripada kuncupan saluran darah tersebut dan biasanya otak telah dipenuhi dengan cecair (cerebral adema).Risiko kematian ibu adalah sangat tinggi dalam keadaan begini khususnya mereka yang telah tidak sedarkan diri (coma).
Dalam keadaan begini doktor perlu melakukan pembedahan caesarean untuk mengeluarkan bayi tanpa mengira umur atau akibat kepada bayi tersebut sama ada boleh hidup atau tidak demi untuk menyelamatkan nyawa ibu.Apabila bayi dan uri telah dikeluarkan melalui pembedahan, biasanya penyakit ini akan reda dengan cepatnya dan hanya inilah yang boleh menyelamatkan nyawa ibu setelah diserang dengan sawan tersebut.

Dalam kes yang kurang teruk doktor boleh mengawal penyakit toxemia ini dengan memasukkan ibu tersebut ke hospital untuk berehat sambil mengawal tekanan darahnya, air kencingnya dan pertumbuhan bayi melalui ujian-ujian klinikal , ukuran timbang berat dan juga ujian ultrasound yang dilakukan berulangkali untuk mengetahui samaada pertumbuhan bayi masih berlaku atau tidak.
Jika tidak ada pertumbuhan bayi dan bayi mungkin terancam nyawanya, dan dijangka bayi boleh hidup apabila dilahirkan, maka langkah yang sewajar ialah untuk melakukan pembedahan cesarean untuk menyelamatkan bayi.
Jika keadaan darah tinggi dan toxemia ini sangat sederhana dan tidak ada tanda-tanda ia mengancam ibu dan bayi, setakat berehat dan diberi rawatan dengan ubat untuk mengurangkan tekanan darah, kawalan pemakanan untuk mengurangkan karbohidrat, minyak dan garam dalam makanan.

Rehat adalah sangat penting untuk mengawal penyakit darah tinggi ini.Biasanya jika keadaan ini boleh dikawal dan pertumbuhan dan nyawa bayi tidak terancam, maka kelahiran secara normal boleh dilakukan dengan memaksa sakit bersalin (induced labour)pada umur kehamilan antara 37 hingga 38 minggu.Kelahirantidak boleh lambatkan kerana uri boleh rosak dan dengan itu bekalan oxygen dan makanan pada bayi boleh terjejas menyebabkan kematian bayi dalam rahim.

Apakah punca sebenar bagi toxemia dan darah tinggi?

Punca yang sebenar tidak diketahui, tetapi mungkin dalam darah pesakit yang mengidap toxemia ini terdapat banyak jenis racun yang boleh menyebabkan darah tinggi dan merosakkan organ-organ badan khususnya otak dan hati.

Racun-racun ini adalah dikeluarkan oleh uri (placenta).Mengapa uri mengeluarkan racun, tidaklah diketahui dan mengapa sesetengah wanita keluarkan racun ini dan yang lainnya tidak, ini pun tidak diketahui.Mungkin ia merupakan satu reaksi untuk menolak uri tersebut.
Uri dibentuk sebahagiannya daripada baka suami, tubuh isteri cuba menolaknya dan dengan ini timbullah reaksi dengan mengeluarkan racun.Bagaimana ia berlaku tidaklah diketahui.Biasanya selepas kelahiran bayi dan uri telah sempurna dikeluarkan, keracunan akan lesap dan tekanan darah turun ke tahap normal dengan cepat. Perkara-perkara yang boleh mengelakkan kejadian ini ialah dengan amalan makanan yang seimbang, memakan vitamin Folik Asid yang terus-menerus antara 5mghingga 10 mg setiap hari dari awal kandungan hingga akhir.

Mengawal berat badan supaya ia tidak melebihi had biasa,berat badan sepatutnya tidak boleh melebihi 15 kilo bagi keseluruhan kehamilan.Bagi panduan para ibu yang hamil, lima bulan pertama berat badan patut meningkat satu kilo sebulan dan empat bulan terakhir dua kilo sebulan menjadikan jumlahnya lebih kurang 13 kilo di akhir kehamilan.

Kerehatan dan ketenangan juga memainkan peranan penting untuk mengelakkan masalah darah tinggi dan keracunan.Bagi mereka yang tenangrohnya serta kuat iman mungkin kurang tededah kepada ancaman toxemia, sebab itu saya sentiasa menasihati ibu-ibu yang hamil untuk membaca Al Quran dari awal kehamilan dan tidak melupakan segala suruhan Allah seperti solat, berpuasa dan sering melakukan amalan zikir, bertasbih, bertasmid dan lain lain untuk mengingati Allah.Memang amalan amalan ini boleh mengurangkan ketegangan fisikal dan mental .



Signs and Symptoms of PET:
  • Mild PET: In mild cases of PET, blood pressure is persistently at and above 140/90 mmHg but below 160/110 mmHg. There may be edema and/or proteinuria.
  • Severe PET: In severe cases of PET, blood pressure lies at /above 160/110mmHg. There may be edema all over the body including the face. Grade III Proteinuria is almost always present. The patient may complain of other grave symptoms like headache, giddiness, pain in the upper part of the abdomen (epigastric pain), vomiting, various eye symptoms, and sometimes decrease in the volume of urine (oliguria).
  • All types of PET: In both mild and severe cases, the patient is usually carrying her first pregnancy and is more than 20 weeks pregnant, usually more than 28 weeks.
  • Excessive Weight Gain: There may be abnormal weight gain. Pressure Symptoms: Pressure symptoms like breathlessness and palpitation can occur due to the excessive weight gain.
Tests in PET
  • Blood : Haemoglobin level and serum Uric Acid levels.
  • Urine : The total quantity of urine; presence of protein in the urine.
  • Eyes : The fundus of the eye has to be checked for any changes caused by hypertension.
Complications of PET:
  • Eclampsia: The most important complication is eclampsia which is PET complicated with convulsions or fits. Cerebral hypoxia (lack of oxygen in the brain) and cerebral edema due to high blood pressure are the main causes.
  • Placental Abruption: Placental Abruption i.e. bleeding into the base of the placenta leading to fetal death is another important complication.
  • Chronic Hypertension: Some patients may develop chronic hypertension after delivery.

Management / Treatment of Pre-eclamptic Toxaemia (PET)
Mild PET :
  • Bed rest: Bed rest should be taken for at least 8 hours at night and 2 hours during the day. She should also lie down in bed on her left side during the other hours as much as possible. Rest causes decrease in hypertension, decrease in oedema, increases the placental blood flow.
  • Diet and Salt Restriction: Pregnancy Diet should be nutritious with adequate fluid intake. Salt is restricted to 5 mg per day instead of 10 mg per day as advised in normal pregnancy.
  • Medicines: Anti-hypertensive and sedative drugs are prescribed.
  • Regular monitoring: Regular monitoring of blood pressure, fluid intake and output chart; urine for protein; weight increase; check up of eyes; blood tests.
  • Regular fetal monitoring The rate and rhythm of the fetal heart sound and number of fetal movements per day is monitored.
  • Delivery of the baby: Pregnancy is terminated at 37 weeks after checking for fetal maturity by USG. If cervix is soft and inducible, then labor is induced. If fetus is deemed to be at risk and cervix firmly closed , elective caesarian section should be done.
Severe PET :
  • Total Bed rest: The patient is advised total bed rest, rising from bed only to go to the bathroom. Sometimes in very severe cases, she may even have to use the bed pan.
  • Immediate hospital admission: She is admitted in the hospital immediately as soon as she is diagnosed as a a severe case of pre-eclamptic toxaemia. This ensures constant monitoring of the vital parameters.
  • Medicines: Drugs to control convulsions, hypertension and maintain urine output are prescribed.

Comments

  1. I had mild PET during the first pregnancy. What is the risk of the second pregnancy?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Scan janin awal kandungan

Merancang jantina bayi

Bolikah lahir normal lepas 2 kali cesar?